CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 13, 2010

PIRING DAN CINCIN BERGABUNG!!!HASILNYA....

sungguh unik dan tersendiri..penari tarian piring juga sangat hebat mengawal pring dan mengkoordinasikan dengan gerak tari mereka..Tarian piring memerlukan gerak tari yang lemah gemalai..tetapi tarian ini meminta penari menari dengan rancak.itulah membezakan tarian ini dengan tarian yang lain..untuk melihat tarian piring dipersembahkan sila klik di sini:

http://www.youtube.com/watch?v=vl5mdMNSlAA&feature=related

Gambar-gambar TARIAN PIRING..




Alkisah maka tersebutlah kisah TARIAN PIRING....

Tarian Piring (Minangkabau: Tari Piriang) merupakan sebuah seni tarian milik orang Minangkabau yang berasal dari Sumatra Barat.Tarian ini memiliki gerakan yang menyerupai gerakan para petani semasa bercucuk tanam, membuat kerja menuai dan sebagainya. Tarian ini juga melambangkan rasa gembira dan syukur dengan hasil tanaman mereka.Tarian ini merupakan tarian gerak cepat dengan para penari memegang piring di tapak tangan mereka, diiringi dengan lagu yang dimainkan oleh talempong dan gong.

Bagi menambah unsur-unsur estetika , magis dan kejutan dalam tarian ini, penari lelaki dan perempuan akan memijak piring-piring pecah tanpa rasa takut dan tidak pula luka.Dipersembahkan dalam acara majlis perkahwinan, majlis menyambut pembesar negeri, keramaian atau pesta kampung.Mempunyai pelbagai asas gerakan yang mana disebut juga ayun atau buai serta menekankan mimik muka.

Terdapat sepasang cincin yang memiliki dua fungsi iaitu sebagai pakaian dan juga sebagai alat muzik di mana ianya berfungsi mengeluarkan bunyi apabila dilagakan kepada piring mengikut rentak gong. 

KENAPA CINCIN??




Cincin juga merupakan alatan asas untuk tarian piring kuala lipis ini.
Cincin yang diperlukan tidak kiralah cincin suasa atau perak.(tetapi pada masa kini mereka menggunakan cincin tiruan).
Cincin ini disarungkan di jari tengah di kedua-dua belah tangan.
Cincin ini dihentak kepada piring akan mengeluarkan bunyi yang enak didengar.

KENAPA PIRING??




Piring yang digunakan merupakan piring yang di perbuat dari seramik.
Piring ini tahan hentakan serta lebih kuat berbanding dengan piring kaca.
Piring yang digunakan hendaklah berukuran sebesar tapak tangan.
piring seramik juga mampu menggeluarkan bunyi yang kuat.

EPISOD & DUNIA BARU...

Anda adalah insan bertuah kerana berjaya melawati blog kami ini. Kami akan membawa anda semua mengalami pengalaman serta menambah pengetahuan dalam seni tarian piring..Tarian Piring???? pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah bentuk tarian itu??apakah kegunaan piring dalam tarian ini??dari mana tarian ini diperolehi..semuanya akan terbongkar dan dijawab di dalam blog ini..SELAMAT MEMBACA SEMUA!!


....kekalkan seni warisan kita....