CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 13, 2010

Alkisah maka tersebutlah kisah TARIAN PIRING....

Tarian Piring (Minangkabau: Tari Piriang) merupakan sebuah seni tarian milik orang Minangkabau yang berasal dari Sumatra Barat.Tarian ini memiliki gerakan yang menyerupai gerakan para petani semasa bercucuk tanam, membuat kerja menuai dan sebagainya. Tarian ini juga melambangkan rasa gembira dan syukur dengan hasil tanaman mereka.Tarian ini merupakan tarian gerak cepat dengan para penari memegang piring di tapak tangan mereka, diiringi dengan lagu yang dimainkan oleh talempong dan gong.

Bagi menambah unsur-unsur estetika , magis dan kejutan dalam tarian ini, penari lelaki dan perempuan akan memijak piring-piring pecah tanpa rasa takut dan tidak pula luka.Dipersembahkan dalam acara majlis perkahwinan, majlis menyambut pembesar negeri, keramaian atau pesta kampung.Mempunyai pelbagai asas gerakan yang mana disebut juga ayun atau buai serta menekankan mimik muka.

Terdapat sepasang cincin yang memiliki dua fungsi iaitu sebagai pakaian dan juga sebagai alat muzik di mana ianya berfungsi mengeluarkan bunyi apabila dilagakan kepada piring mengikut rentak gong. 

No comments:

Post a Comment